Wednesday, 31 August 2011

Burung Kenyalang

Burung Enggang Kenyalang (Rhinoceros Hornbill) ialah salah satu daripada burung enggang terbesar, burung ini mempunyai kepanjangan 110-127 cm (43-50 inci) panjang dan seberat 2-3 kg (4.4-6.6 paun) untuk yang sudah dewasa. Ia hanya terdapat di hutan hujan bentuk tinggi. Nama sainsnya Buceros rhinoceros.


Burung Kenyalang atau juga dikenali sebagai  Burung Enggang Badak boleh didapati di Kepulauan Borneo khususnya negeri Sarawak, Malaysia. Sebagaimana burung enggang yang lain, burung jantan memiliki mata berwarna kuning bata atau merah, dan burung betina mempunyai mata keputihan. Burung ini memiliki paruh kebanyakannya berwarna putih. Ia mempunyai dada putih, terutamanya di bahagian ekor.
 


Mengawan dan berpasangan bagi burung ini adalah amat penting, kerana burung betina perlu mempercayai burung jantan bagi membekalkan semua perkara ketika ia mengeram dan membesarkan anak. Burung enggang ini bertelur dalam batang pokok, burung betina tinggal di dalam bersama telurnya, sementara burung jantan membawa makanan kepada burung betina dan anak-anaknya

Selepas bertelur, burung jantan akan mengambil lumpur dan pasangan tersebut akan menggunakan lumpur dan najis bagi menutup pembukaan masuk ke sarang. Namun mereka meninggalkan pembukaan yang kecil, hanya muat bagi burung jantan memberi makan burung betina dan kemudian anak burung.Apabila anak nya telah cukup besar(sudah tumbuh bulu),burung jantan dan burung betina akan mematuk lumpur yang sudah kering tersebut untuk memudahkan anaknya keluar dari sarang tersebut.
  
Burung Enggang badak makan buah-buahan, serangga, reptilia kecil, tikus, dan burung kecil.

  

No comments:

Post a Comment